Monday, 17 December 2012











Hantu Lilin Dataran Bandaraya Johor Bahru

Sekitar tahun 1995,Johor Bahru di gemparkan dengan kemunculan Hantu Lilin di Dataran Bandaraya Johor Bahru.Kisah bermula apabila satu keluarga beriadah di waktu malam sambil menikmati angin laut & pemandangan di Dataran Bandaraya.Mereka mengambil gambar di air pancutan yang terletak di tepi tangga menara jam.Selepas penat bergambar mereka pun pulang ke rumah dan keesokkannya menghantar rool filem kamera mereka untuk di cuci.(Zaman dulu belum ada Kamera Digital yea) .Sebaik di cuci dan gambar di amik mereka terperanjat apabila salah satu gambar mereka terdapat imej hantu sedang memegang lilin

Dua hari sebelum cerita ini keluar di Harian Metro, keluarga ini ada menghubungi pejabat Berita Harian untuk di beritahu tentang kejadian tersebut. Mulanya wartawan tidak percaya dan meminta mereka hadir dengan membawa gambar tersebut.Tapi bila mereka datang dan membawa gambar & negetif filem gambar hantu tersebut barulah wartawan percaya dan berjanji akan mengeluarkan cerita itu di Harian Metro.

Beberapa pekerja yang lain sempat melihat gambar yang mereka bawa memang original dan tiada kesan teknik imposed pun.

Sehari hari selepas itu Harian Metro pun mengeluarkan cerita "HANTU LILIN " di muka surat depan berserta gambar yang mereka dapat.Kalau tak silap aku itulah kali pertama Harian Metro Johor mencapai jualan 1juta naskah. Kecoh & heboh satu Johor sampaikan Mufti pun beri komen di rancangan TV dan surat khabar keesokkannya.

DATARAN BANDARAYA yang dulunya tempat melepak dan memadu kasih bagi pasangan yang bercinta menjadi sunyi sepi lebih-lebih lagi pada waktu malam.Tak ada seorang umat pun kelihatan merayau di waktu malam seperti selalu.Lebih kurang setahun jugak lah tempat tu jadi sunyi sepi.Tapi sekarang pembangunan di sekitarnya menjadikan Dataran Bandaraya Johor Bahru salah satu destinasi pasti lawat di Johor Bahru.

Wednesday, 29 August 2012

Sunday, 26 August 2012

Saturday, 25 August 2012

Monday, 2 January 2012

SAMAN yg mengarut

Los Angeles – Saman yang dikemukakan oleh penculik ke atas mangsanya sehingga dia ditangkap oleh polis, menduduki carta teratas dalam 10 Saman Paling Mengarut pada tahun lalu yang dikeluarkan oleh ILR.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan ILR itu, saman `gila’ dan mengarut itu menjadi bahan ketawa banyak pihak.


Presiden ILR, Lisa Rickard dalam kenyataan itu berkata, ia juga menunjukkan bahawa undang-undang telah disalah gunakan oleh pihak tertentu yang bukan sahaja menyebabkan kehidupan mereka yang disaman terjejas, malah ia juga memberikan kesan kepada pekerjaan dan pembangunan ekonomi negara.


Keputusan tinjauan saman paling mengarut itu dibuat oleh orang ramai yang mengundi melalui laman web FacesOfLawsuitAbuse.org .


Dan ini adalah senarai 10 Saman Paling Mengarut tahun lalu yang dipilih oleh orang ramai.

• Pasangan penculik menyaman mangsa kerana gagal membantu mereka mengelak daripada ditangkap polis

• Seorang lelaki yang membawa senjata haram ke dalam bar dan cedera dalam pergaduhan telah menyaman pemilik bar berkenaan kerana gagal mencarikan senjatanya.


• Seorang remaja menyaman ibunya kerana gagal menghantar kad dan mainan yang disukainya.


• Seorang wanita yang tidak bersetuju dengan pulangan wang sebanyak 80 sen telah menyaman pemilik pasaraya sebanyak AS$5 juta.


• Seorang ibu menyaman pemilik pra sekolah berhubung prospek kolej untuk anaknya.

• Seorang lelaki mengemukakan saman dengan alasan hakim yang mengendalikan kesnya terlalu tua.

• Seorang lelaki yang obes telah mengemukakan saman kerana ruang di gerai kedai burger terlalu sempit.


• Wanita menyaman penerbit filem kerana tidak banyak aksi memandu dalam filem bertajuk Drive.


• Penumpang sebuah kapal cruz menyaman kapal itu kerana bergerak terlalu laju sehingga menyebabkan bergoyang ke kiri dan kanan.