Friday 7 June 2013

Jika harimau mati meninggalkan belang, biarlah aku mati meninggalkan sebuah cerita tentang..


Aku sebenarnya dah lama nak cerita kisah hidup aku dekat korang semua ni yang mana aku rasa ada setengahnya boleh dijadikan pengajaran,biarlah aku kenalkan diri aku dulu,nama aku asyraf,berusia 28tahun,aku berasal dari utara,kehidupan aku masa kecil dulu memang boleh dikatakan agak mewah,serba serbi ada,cukup lengkap semuanya...

apa yang aku nak?semuanya ditunaikan ibubapaku...jika tak dapat apa yang aku nak,aku akan buat perangai,aku pecahkan barang,aku kotorkan rumah dan macam2 walaupun ketika itu aku hanya budak berusia 7 tahun,kehidupan aku ini walaupun mewah tidak mendidik aku menjadi seorang bersyukur,seorang anak yang tahu menghormati orang tuanya,


Zaman remaja

hinggalah usiaku menginjak ke belasan tahun,waktu itu kawan2 ku semua ada motor,jadi aku pun mintak jugak motor,aku paksa ayah aku belikan,kalau tak aku ugut tak mahu ke sekolah sampaikan ayah aku akur dengan kehendak aku,aku puas sebenarnya....


ayah belikan motor 125zr macam yang aku nak,dapat je motor tu terus aku tayang sekeliling,biar semua budak2 tempat aku tahu aku dapat motor baru,member2 sekolah aku semua aku tunjuk motor aku dengan berlagak sampaikan satu ketika aku sengaja sergah orang tua bawak moto slow depan aku terperanjat orang tua tu sampai nak terbabas....begitulah teruknya aku suatu ketika dulu.

aku ada sorang kawan yang aku rasakan setaraf dengan aku namanya fizi,dia ni geng2 lepak,rempit,aku dengan dia memang rapat dekat sekolah,satu hari dia ajak aku join dia dengan gang dia,melepak katanya,bila aku sampai rupanya diorang tengah melayan pil khayal dan meneguk arak,ada yang tanpa segan silu melakukan seks,aku cukup rasa tertipu ketika tu,tapi fizi bijak memujuk,dia menyuruh aku mencuba sesuatu yang baru,sebabkan ego aku,aku cuba 'benda' tu dan sejak itulah kehidupan aku berubah menjadi teruk dan teruk. 


Zaman berubah

Maki hamun pada mak ayah aku?benda biasa,bahkan pelik jika maki hamun tak berlaku,aku terus hanyut dalam dunia aku,tangisan ibu aku sedikitpun aku tak hiraukan bahkan aku boleh perli sambil mengajuk gaya ibu aku menangis....bila teringat balik semua ini aku terasa akulah anak yang paling tak guna dalam dunia!!bila dah rapat dengan fizi aku mula terjerumus dalam dunia dia yang penuh dengan maksiat dan dosa yang aku rasa tak terhitung banyaknya,arak?dadah?perempuan?judi?rempit?pukul?c ulik?semua aku join fizi dengan gang yang lain,aku terus seronok,aku rasa dioranglah sahabat dunia akhirat aku.

Tapi aku lupa satu benda,setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ini pasti akan terima balasannya.


Dipukul

Suatu hari ketika berjalan sendirian balik ke rumah sewa,aku dikepung belasan lelaki yang membawa kayu,parang,batang paip,mereka ada sebut nama fizi dan terus belasah aku,aku pada awalnya mula melawan,tapi kudrat aku seorang tidak mampu bertahan bila kurasakan belakang kepala aku dilibas sesuatu,aku pening dan terus jatuh,dalam kesakitan mereka terus kenduri membelasah aku sampai puas,kaki kanan aku dipatahkan,tangan kiriku juga menerima nasib yang sama,lama2 aku terus tidak sedarkan diri....

sedar tak sedar aku dah berada di hospital 2 hari,nurse yang menjaga memaklumkan aku dihantar oleh seorang pakcik tua yang kebetulan lalu dekat situ,umur aku masih panjang tetapi.....kaki aku tidak dapat diselamatkan,tulang kaki aku ada patah dan serpihan tulang kaki agak membahayakan dan akibatnya kaki aku terpaksa dipotong. 


Aku menghubungi fizi,aku menceritakan kejadian yang berlaku padanya,korang tahu apa respon yang aku dapat?gelak tawa herdikan hinaan,fizi cakap aku ni lembik,pengecut tak berani melawan,masa tu aku terus letak.

Baru aku tahu siapa fizi,marah?dendam?semua ada dalam hati aku masa tu,ikut hati kalau aku tak dijadualkan untuk operation dan kaki aku ok memang aku nak parang je fizi tu tapi keadaan aku agak teruk,aku hanya mampu membayangkan menikam fizi sampai lumat,celaka!celaka!celaka!tu je perkataan aku sebut bila tengok kaki aku. Sebab fizi aku jadi begini,lain orang yang dicari lain orang yang kena....


Cerita Lepas pembedahan kaki

siapa lagi kalau bukan mak ayah aku juga yang bayar semua bil kos perubatan tu yang bawak aku balik rumah,mak aku jaga aku,layan aku macam aku budak kecik,masa ni aku memang tak insaf lagi,hati aku hitam,penuh dengan dendam dan kejahatan yang aku tanam sendiri,

satu hari tu mak aku cuba nak suapkan aku bubur,aku tak mahu,mak paksa jugak sebab aku dah seminggu tak makan,bila aku dah geram sangat,aku rampas mangkuk bubur,aku tuang bubur panas atas kepala mak aku,haa!mak nak sangat makan bubur ye?makanlah,sedap tak?sampai sekarang aku ingat kata2 derhaka aku tu,mak aku menggelupur sambil menangis dan menjerit, nasib baik bibik dengar,dialah yang tolong mak,aku baling mangkuk tu pada bibik,aku hanya ketawa melihat peristiwa tersebut...

jahilhnya aku..jahatnya aku ketika itu.....


Fizi aku nak balas dendam

aku cuba kol fizi untuk ajak jumpa malangnya tak dilayan terpaksa aku mintak tolong member aku yang nama joe,joe ni agak baik jugak dengan aku,aku cakap dengan dia "joe,kalau ko dengan budak2 ko boleh heret fizi dengan apa cara skalipun datang jumpa aku,aku bagi 8riban" joe tertarik dengan offer aku.

Suatu hari tengah aku duk relax joe kol aku cakap dah dapat fizi,dia suruh aku tunggu depan rumah dalam setengah jam dia datang ambik aku,dia bawak aku jumpa fizi,sampai kat kawasan ladang sawit tu,aku tengok fizi dah lembik kena belasah dalam keadaan tangan dia terikat mulut kepala berdarah aku pergi dekat dia buka zip seluar aku kencing atas kepala dia dan aku cakap ni balasan kawan makan kawan kawan jahanam kawan celaka!aku ambik kayu libas kepala dia,aku duduk atas kepala dan tengkuk dia sampai dia menangis merayu dekat aku,aku tunjuk ni kaki aku mana ko nak ganti?!dia hanya diam...

aku suruh budak2 joe pegang dia aku pukul kaki kanan dia sampai patah,sampai aku rasa puas lepas tu aku suruh joe setelkan....(Joe humban fizi dalam gaung).Lepas tu memang aku tak jumpa dah fizi,tak dengar pun dah pasal dia.Aku puas hati sebab dapat balas apa yang aku dendam tapi gembira aku tak lama sebab lepas tu joe ugut aku.....


Joe mula mengugut

aku gembira dapat balas dendam dekat fizi tapi tak lama sebab joe mula mengugut aku. Dia nak repot polis aku bunuh fizi kalau aku tak kasik 10riban lagi. Masa ni memang sempit,aku sumpah nilah masa dunia gelap aku yang mana aku cuma mengharapkan yang aku mati,mak ayah aku dah tak terima aku lagi,duit simpanan aku pun tinggal 5ribu jer,aku tersepit dan terdesak sebab joe cakap dia ada bukti rakaman video masa aku belasah fizi dan kencing atas fizi tu,joe memang setan laknat!

aku larikan diri tapi joe buat apa yang dia ugut,aku ditahan,tak lama lepas tu polis jumpa bukti yang joe terlibat sama,aku menceritakan segalanya dan aku buat pengakuan depan insp arif kalau tak silap aku. aku dituduh bersubahat dalam menyebabkan kematian fizi,masa ni memang aku dah tak tahu nak buat apa aku dah mati akal,dan suatu hari aku dimaklumkan anggota bertugas mak ayah aku dah lantik peguam untuk aku....


Masuk penjara

setelah beberapa kali naik turun mahkamah aku dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara kerana kesalahan mendatangkan kecederaan kepada mangsa,mujurlah peguam aku dan bukti yang ada tidak cukup kuat untuk mengaitkan aku dengan kes bunuh tersebut,joe dan 5 orang kawannya hanya dijatuhkan masing2 hukuman antara 24-30bulan.6 bulan di penjara kajang cukup menginsafkan aku,disitu aku bertemu bermacam ragam manusia dan beberapa peristiwa hitam yang aku rasa tak perlu aku cerita dekat sini kerana sangat mengaibkan diri aku,yang pasti aku tidak mahu kembali lagi ke penjara itu!sumpah!!


Keluar penjara

20 mei 2008 tu adalah tarikh keramat dimana aku memperoleh kebebasan dari penjara dunia ini. Ayah setia menunggu aku,hari pembebasan satu2nya anak dia. Aku masuk ke kereta dibantu pakcik soleh,pemandu peribadi ayah. 10 minit kami anak beranak diam membisu di dalam kereta.dan aku memecahkan kesunyian dengan bertanyakan "yah,mak tak datang ke?"sibuk dengan aktiviti anak yatim dia tu ke?"pertanyaan aku hanya dibiarkan sahaja dan bila aku mengulangi soalan sama ayah pun berkata "acap (gelaran aku di rumah)mak kamu dah meninggal 2 minggu lepas kamu dipenjarakan"...hiba sekali kata2 ayah..air mataku mula bergenang.aku anak derhaka!


Mak!!!

sepanjang perjalanan aku diam je,hanya diluahkan melalui airmata yang tak henti mengalir.Macam2 dosa,kejahatan,kebiadapan yang aku pernah lakukan pada arwah mak kembali di mindaku berulang kali seolah iklan tanpa henti yang memaparkan dosa aku sebagai anak derhaka.sampai dirumah aku dengan hanya bantuan kaki palsuku terus berjalan laju menuju kebilik mak,aku pegang baju kurung kegemaran mak yang masih tergantung di suatu sudut,aku kucup tanpa henti aku meminta maaf pada mak,aku merayu mak kembali walapun aku tahu itu mustahil selama berjam aku dibilik mak,aku melepaskan apa terbuku dihati,mulutku tak berhenti memohon maaf,tangisanku becucuran menyesal kerana tak menghargai mak selama ini.......

sampaikan aku dah tak berdaya bersuara,bersuaara lemah memanggil ayah,ayah membantuku dan memapah tubuhku bersama pakcik soleh ke ruang tamu.Aku hanya mengunci mulut dan sedar tak sedar aku terlelap dengan air mata penyesalan.


Malang berganda

skip!skip!skip!fast forward!trutt trutt trutt......aku disamun ketika tengah bersarapan di warung mamak bersama gf aku,ipad dan dompet aku dilarikan dan lebih malang aku ditikam di rusuk kiri ketika cuba melawan,aku di hantar ke hospital oleh linda gf aku,nasib masih menyebelahi aku kerana tikaman itu tidak mengenai organ penting,tapi aku ditahan dan dirawat di hospital selama seminggu. Umur aku masih panjang mungkin kerana Allah nak bagi aku tengok semua kejadian yang berlaku kat aku selepas ini.


Mimpi

seminggu selepas ditahan di hospital,aku dibenarkan pulang.aku buat rutin harian macam biasa cuma kadang2 kalau payah sangat,aku mintak tolong pakcik soleh atau ayah. suatu malam aku sedang nyenyak tidur aku terjaga!aku terdengar bacaan ayat quran sangat dekat dengan diriku.aku tak pasti tu surah apa,yang pasti dari alunan itu memang ayat quran.esoknya aku cuba mengingati balik ayat tersebut,hanya dua potong ayat yang mampu aku ingati 

bila aku sebut tergagap pakcik soleh cakap tu ayat surah yaasin ayat pertama dan dua. aku terkedu,betapa jahilnya aku....petang tu aku mintak pakcik soleh belikan aku naskah yaasin yang ada terjemahannya,malamnya aku mintak pakcik soleh ajar aku cara membaca surah yaasin(ketika ini aku tak tahu eja jawi,apatah lagi mengaji) pakcik soleh mengajar aku sedikit demi sedikit sampailah aku boleh membaca tulisan pada naskah itu walaupun bacaan tak berapa tepat seperti orang lain,

aku cuba juga membaca dan pada satu ayat aku berhenti membaca terjemahannya,ketika itu juga aku menangis.....





Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?


sambungan dari aku belajar mengaji

surah yasin walaupun aku tak hafal semua tapi sebahagian darinya aku sudah mampu menyebut tanpa melihat naskah yasin. Tenang bila membaca,sedih bila teringat dah berapa lama hanyutnya aku didunia ini.Betapa jahilnya aku di ic sahaja Islam tapi......hidup macam .....fuh!malu untuk menyebut. Yang bagusnya bila aku dah mula belajar mengaji pakcik soleh ni ajar aku cara solat,sabar betul beliau ajar aku caner ambik wuduk dengan betul,selama ini aku tak pernah belajar semua tu,terpancar keikhlasan di wajah tua itu bagaikan aku ini anak kandungnya.Terima kasih pakcik Soleh....

Yang paling sayu bila suatu malam aku bertanya kenapa ayah tak bagitahu mak sakit teruk?tak bagitahu mak meninggal?masa ini aku dah dapat terima pemergian arwah mak....

jawap ayah aku "mak kau dah pesan dekat ayah jangan bagitahu kau kalau dia meninggal dan jangan bagi ko sentuh mayat dia".

Jawapan ayah kali ini betul2 melukakan hati aku,peritnya...sedih kecewa semua bercampur aduk di hati,mak pergi dengan tidak menerima aku sebagai anaknya,dia pergi tanpa memaafkan aku,masa tu aku rasa nak bunuh diri pun ada.

yang paling sakit hatinya bila aku makan gulai tempoyak mesti aku teringat arwah mak. Dia selalu masak yang ini untuk aku kira dah specialize bab masakan yang ini satu. Sebab tu aku tak mahu makan dekat luar bimbang nampak gulai tempoyak hati jadi sebak teringat arwah mak.Bibik aku dah faham benar,jadi dialah yang selalu masak untuk aku sekarang ni,nak keluar pun dah malas,dengan malu lagi dengan keadaan aku yang tak berapa terurus ni.

Sampai sekarang ni aku asyik teringatkan arwah mak,mungkin sesalan yang tak dapat mintak ampun dari dia....aku dah sembahyang taubat,hati masih tak fully tenteram sebab aku rasa dosa aku dengan mak masih tak terampun,mak.......

so kekawan dekat luar sana yang masih ada ibu@emak sayangilah dan hargailah mereka,jangan jadi macam aku,bila dah tiada baru nak mencari,menyesal tak sudah....ingat tanpa seorang wanita bergelar ibu anda tidak akan dilahirkan ke dunia ini,tanpa susu mereka anda akan kelaparan,tanpa jagaan mereka anda akan sakit,tanpa mereka anda bukan siapa2,jasa mereka tak terbalas,sayangilah ibu anda sementara anda masih berpeluang,janganlah anda menjadi macam aku yang menyesal dan dihantui rasa bersalah setiap detik.

Aku akhiri kisah aku ini dengan yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari aku manusia yang tidak sempurna yang elok jadikanlah pengajaran yang teruk buang jauh2.Assalamualaikum semua........


Asyraf PJ

Saturday 9 February 2013

Kisah Pemilik Jari Kelingking

Sepanjang proses membuang ilmu ini,aku telah mendapat bantuan seorang ustaz,yang mana telah menolong aku dari a sampai z dan tidak menerima apa2 bayaran walaupun aku menghulurkan sekeping wang berwarna ungu,dia cuma bertegas dia ikhlas tolong dan mengharap aku tak terjebak dengan benda2 begini lagi,banyak nasihat dia bagi dekat aku.

sebenarnya dalam proses membuang ilmu ni,aku saksikan sendiri banyak benda yang pelik dan mustahil nak percaya kalau tak tengok sendiri,jangan risau aku akan kongsikan,dan terpulang kepada anda semua untuk menilai,saya hanya berkongsi.


 Hari khamis

sepertimana yang dijanjikan ustaz datang sendiri dekat rumah aku,mula2 ustaz datang dengan senyuman,lepas dia masuk ke ruang depan rumah aku,dia macam berkerut,tiba2 muka dia berubah.aku pun tanyalah dia,kenapa tiba2 ni ustaz,dia cakap,ada simpan benda lain ke selain jari tu,aku pun cakaplah banyak juga macam kulit kijang mati beragan,geliga lipan,besi kursani,syiling2 lama,keris lama,dan banyak lagi,nak senaraikan abis memang banyak,ustaz suruh aku tunjukkan tempat aku simpan tu,aku simpan khas dalam satu bilik sebelah bilik aku.

bila ustaz dah masuk tu,ustaz tak tengok lain terus tunjuk satu arah,dia tanya aku apa dalam bungkusan kuning tu,aku cakaplah keris lama orang hadiahkan,ustaz minta aku ambilkan dan buka kain tu,aku ikut jelah,bila aku buka tu,ustaz terus cakap,'benda ni ada penghuni,mu dop tahu ke?'lebih kurang,aku cakaplah aku tahu.banyak lagi dia tanya aku,tak larat aku senaraikan habis,tapi dia memang marah aku simpan benda2 ni.

aku lompat sikit ye,nak cerita pasal benda dalam bilik tu saja,banyak aku kena marah,tu yang aku malas cerita tu.seterusnya ustaz mintak aku tunjukkan mana jari budak perempuan tu,aku masuk bilik aku dan keluarkan dari almari,masa nak ambil tu ada satu kejadian pelik ni,aku tak mintak korang percaya ye,tapi inilah yang berlaku,masa nak ambil tu,jari tu bergerak menjauh ke dalam almari tu,ustaz yang ada sama sengih je sambil cakap 'ye nok main tu,',


aku agaklah benda ni jadi sebab menatang yang duk dalam jari ni boleh rasa kehadiran ustaz ni.Ustaz ada baca sepotong ayat Al-quran tu,terus jari tu diam dan aku ambil tanpa sebarang masalah.

aku bawak jari tu terus ke ruang tamu dengan ustaz,ustaz suruh aku letak jari tu menghadap kiblat,kuku dia kearah kiblat,lepas tu ustaz ambil jari tu dan dia genggam.ustaz mintak aku ambilkan jug dan air kosong isi dalam jug.lepas tu ustaz solat hajat depan air tu,sambil berdoa agak lama,aku tunggu tepi je,lepas tu ustaz suruh aku masukkan jari tu dalam jug yang ada air sembahyang hajat,masa ni sekali lagi benda pelik berlaku..


bila aku letak jari tu terapung-apung,tak tenggelam,pastu bergerak pusing2,kejap je air dah bertukar hitam pekat.ustaz suruh aku tunggu,lama2 tu,tetiba asap sikit2 keluar dari jug tu,makin lama makin menebal.

sambungan dari petang tadi

tak berlaku sepertimana yang bro BARU NAK BELAJAR teka ye,jug tu tak pecah pun,cuma asap tu makin tebal dan macam memenuhi ruang tamu,bila dah jadi camtu,ustaz mula membaca surah2 dari ayat Alquran,aku pernah dengar ayat quran tu,cumanya aku tak dapat teka tu surah apa,aku mengaku aku ni tak alim dan cetek ilmu bab agama,tak macam sesetengah orang,dengar sepotong ayat je dah tau tu surah apa,tapi aku taklah jahil sangat sampaikan surah Al-fatihah dengan 3qul aku tak kenal,sungguh khusyuk dan lancar aku tengok ustaz tu baca,memang aku respek lah dekat dia.


Bila dah sampai satu ayat tu,tiba2 jari tu tercampak keluar dari jug tu.masa tu aku nampak jari tu dah tak hitam macam selalu aku pakai,dah balik asal semula,macam orang dah cuci guna clorox.

tiba2 ada bunyi orang berdehem,aku nak tulis bunyi dia tu pun aku tak reti,cuma seram gaklah bunyi tu,masa tu ustaz tanya,'Sape mu?benda tu diam,ustaz ulang lagi kali ni nada ustaz agak tegas dan keras,'sape mu?!tiba2 dia menjelmakan diri jadi budak kecil macam umur 7-8 tahun,aku perhati memang bukan budak indon(pemilik jari tu),ustaz pun sound 'benda tu' mu ni jenis suke nipu,suka perdaye orang dengan tipu heloh mu'mu ingat aku dop tahu tu bukan rupa sebenor mu?,lebih kurang macam tu,lepas tu 'benda tu' dah start ketawa halus,lama2 makin kuat,macam mencabar ustaz.aku pun tak berapa ingat perbualan penuh ni,boleh tak kalau aku lompat terus cerita?

serius perbualan dengan benda tu memang seram,aku yang biasa tengok benda pelik2 pun boleh rasa seram,dah benda tercongak depan mata,siap bercakap dan berlawan cakap lagi,aku pun kalau boleh tak mahu ingat dah,perbualan lepas tu,yang part2 last tu,bila ustaz soal2 dan bagi 'hadiah' ayat quran dekat dia,dia mengalah dan berterus terang,rupanya dia cakap jari tu tak memberi kuasa pada aku,sebenarnya jari tu sebagai tumpangan dia,kira macam tempat tinggal dia,orang putih cakap host,betul tak apa aku cakap ni?yang penting anda faham ye.


yang menjadikan ilmu tu menjadi tu,sebab jin tu yang buat aisyah,dia cakap dia seronok tengok aku duk buat upacara macam-macam untuk terus jadikan jari tu berkuasa bagi aku,dia bangga dapat sesatkan aku,lebih kurang begitu,pasal apa aku buat tu,aku tak mahu dedahkan dekat sini ye,cukuplah seorang je member cg yang tahu,aib aku tu.

lepas tu ustaz tu halau jin tu,jin tu taknak pergi dengan alasan aku yang nak dia.Aku cakap,tu sebab aku marah dekat aisyah,sekarang aku dah menyesal,pastu dia duk ungkit perjanjian aku buat bila nak memiliki jari tu.hebat jin ni banyak berdalih dan tipu helah sebab tak mahu pergi.Tiba-tiba dia bangun berjalan straight kat aku,dalam rupa budak 7-8 tahun tu,terus dia hempuk kepala aku sampai tersembam muka aku dekat lantai,pastu selamba dia ketawa macam mengejek aku.Aku kuatkan semangat,dalam hati aku tak logik langsung tangan budak kecil hempuk kepala aku macam beras 10kg jatuh atas kepala aku tiba2.


menatang ni memang kurang ajar,masa tu bila ustaz tengok dia ni makin berani adalah ustaz baca sepotong dua ayat dari surah jinn,kalau tak silap aku ayat 6 dari surah jinn,selebihnya aku tak pasti,benda tu dari ketawa diam mengejek terus mendengus garang,tiba2 dia menjerit mintak tolong dan merayu,yang aku ingat 'tolong ustaz,aku jin islam,aku tak akan menganggu lagi manusia' ustaz senyum sambil cakap,tadi bukang main gagoh perkasa tunjuk,ni merayu macam budak kecik!'.

sambungan 3.33pagi

jin tu terus merayu ustaz menghentikan bacaan,sambil dia terus dalam keadaan budak kecik mengerang kesakitan,ustaz teruskan jugak sebab ustaz tahu badan budak tu sebagai tipu daya,helah jin je,rupa sebenar mana dia nak perlihatkan,aku diam je sambil perhati,nak masuk campur bimbang ustaz marah,bila dah makin lama tu,tiba2 badan budak tu macam terbakar,bau hangit satu rumah,hilang macam tu je benda tu,asap hilang semua,tapi jari tu masih ada.Ustaz suruh aku ambil jari tu masuk dalam jug tadi,aku pun ikut jelah.pastu ustaz ajak aku solat hajat sama2 berjemaah.benda ni berlarutan sampai lewat malam.


Ustaz tu pesan jangan terpedaya dengan apa yang aku lihat tu,yang terbakar tu mungkin 1 helah dia nak lepas diri,kemungkinan dia nak datang balik tu ada.Sebelum balik tu ustaz suruh aku bangun tahajjud pukul 3 dan buat solat sunat,pagi jumaat nak kena tanam balik jari tu,ustaz pesan siap2 dah.aku sempat hulur duit warna ungu,tapi ustaz berkeras tak mahu terima juga,aku pun menghormati permintaan dia dan terima kasih dekat dia,serius dia memang baik sangat,tolong orang ikhlas.

lepas ustaz balik aku duk belek2 benda tu,asalnya jari tu dah hitam,terus jadi warna asal jari balik,sebenarnya yang jari tu jadi hitam legam macam tu sebab apa yang aku buat,ritual aku buat tu,sorang je dekat cg ni tahu,aku malas nak cerita umum apa yang aku buat,aiblah pulak,zaman jahil aku tu.boleh nampak jelas tulang dan kulit jari tu yang agak mengecut.aku pun simpan dan tido je,bangun2 dah pukul 3,aku pun solat sunat macam ustaz pesan.


Malam tu aku rasa tenang sangat,tak pernah lagi dalam hidup aku ni rasa tenang macam ni.lepas tu aku tido balik sampailah ke subuh,lepas bangun solat subuh,aku cek balik jari tu dalam jug tu,mana tahu kalau hilang ke,ada orang usik ke,kan2?mana tahu benda2 macam ni,alhamdulillah tak terusik.

Alhamdulillah selesai juga aku menamatkan pengalaman hari khamis aku,maaf semalam aku tido lena,bangun pun dah 3.30pagi,tapi aku tulis jugaklah sebab dah janji kan.mana2 yang tertunggu tu boleh baca yang aku tulis pagi2 buta ni.yang hari jumaat aku tulis malam esok pulak ye.terima kasih dan maaf lagi dari aku,bob  sebab tak terjaga sekali lagi.

 hari jumaat pula

lepas solat subuh tu,aku siap mandi semua,aku tunggu ustaz je dekat rumah aku,sambil duk aku duk tengok jari tu mana tahu hilang ke ada perubahan bentuk ke,mana kita tau semua ni kan?tapi kekal je bentuk dan warna jari tu seingat yang aku tengok kali terakhir sebelum aku tido,kalau hilang,mana aku nak cari pun aku tak tahu.

dalam pukul 8 suku,ustaz pun sampai rumah,aku ajak dia minum dulu,dia menolak dengan cakap benda ni elok segerakan dengan cepat,aku pun ikut jelah ustaz cakap,ustaz suruh aku bungkuskan jari tu dalam kain putih,aku tanya kenapa tak bungkus dengan kain kuning?ustaz cakap tu cara bomoh,kita ikut cara islam,jangan terlalu taksub ilmu bomoh ni,aku senyum jelah,nak cakap apa,sebab aku dengan uztaz beza langit dengan bumi,dia aliran agama,aku pulak aliran berlawanan dengan cara dia.

aku yang memandu kereta iswara buruk aku,sambil tu aku tanya nak tanam dekat mana,ustaz suruh aku pergi ke kawasan hutan terdekat,aku pun cadangkan kalau kawasan cendering boleh?situ ada hutan tebal,dekat istana raja tu,ustaz angguk je,bawak situ terus sampai dalam hutan,kami redah hutan dalam setengah jam jugak,sebab ustaz cari kawasan landai,sampai situ ustaz guna kayu kecik gali lubang yang kecil muat jari tu sambil ustaz duk baca ayat quran,


masa tu ada rasa seriau juga,jujur aku cakap,sebab dah lama aku tak redah hutan,pulak tu sebab nak tanam jari ni,dah habis bacaan ustaz yang agak panjang,ustaz sendiri mintak bungkusan kain putih tu dan masukkan dalam lubang tu dan timbus balik.

dah selamat tanam tu,ustaz ada doakan sesuatu dalam bahasa arab,lepastu ajak aku berdoa sekali dalam bahasa melayu minta roh si mati ditenangkan,lebih kurang macam tu,ada jugak baca surah 3 qul dan fatihah niat sedekah pada simati,last sekali ustaz ada sebut ayat ni,Dari Allah engkau datang,kepada Allah engkau kembali.

setel urusan situ,kami pun berjalan redah hutan,patah balik untuk keluar,alhamdulillah urusan berjalan dengan lancar,kami keluar tanpa ada sebarang musibah melanda.lepas tu aku hantar ustaz balik rumah aku,dia bwak moto dia balik rumah,sebelum tu,dia ada pesan dekat aku,banyakkan bacaan Al-quran,banyakkan berdoa dan tawakkal kepada Allah.Pukul 1 aku pergi solat jumaat,lama betul aku tak solat jumaat,lepas abis iman baca doa,aku berdoa panjang jugaklah,aku rasa sebak tetiba je petang tu.

malam hari pulak,aku tertido awal,terjaga pun pukul 3 pagi lebih,aku sambung menaip je,pengalaman hari khamis tu,alhamdullillah tido aku lena,tido mati,tiada gangguan dah,aku pun dah rasa tenang sekarang ni.itu jelah setakat kisah yang aku mampu berkongsi dengan anda semua,akhir kalam,semua yang indah itu datang dari Allah,semua yang hina dan kekurangan adalah dari diri aku sendiri....